Want your
own Fotopage?










 
Fauzana's FotoPage

By: Fauzana Mokhti

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  >  >>]    [Archive]
Monday, 27-Feb-2006 14:08 Email | Share | | Bookmark

harith was not cooperated
 
finally had to breastfeed him
View all 4 photos...
alhmdulillah i safely delivered to a baby boy weighed 2.85kg on 12/2 at 0345h. Initially i planned for a normal delivery but towards the end, i was forced to take an epidural anaesthesia. it was not because of terrible pain that i had but it was more to nervous mother

those are pics taken today in penang
harith been shaved by tok chah (one of bidan in kg)
unfortunately babah was not here, he went back to muar yesterday

Tahniah Pojeng...
Alhamdulillah thn nie ramai member2 PC dpt baby
Fri 10-Mar-2006 03:55
Posted by:shana
jeng....biler yek agak2 nak tgk anak kau...ish..ish
anak kau muda 4 ari dr anak aku...tp ank aku blum lg cukur kepala
insyaallah maybe 16/3 nih kot
Sat 11-Mar-2006 15:13
Posted by:tonot
comeinye harith dah botak...nina dulu xcukur pon psl MIL aku xkasi... tupsl rambut die xmerimbun agaknye...hehehhehe.. Tue 28-Mar-2006 07:21
Posted by:apis585  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Sunday, 12-Feb-2006 06:23 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 22 photos...

pojeng! congrats!!!! comeinyeeer harith... go for exclusive breastfeeding!!! i had 6 mths plus of hardwork of exclusive breastfeeding and it's worth it !! jihan qaisara is a very active and healthy baby.... Fri 17-Mar-2006 15:41
Posted by:ezura, asrul n jihan  - [Link]
thanks ezzet for the advise..susah jgak nk maintain exclusive breastfeeding..harith nih kuat betul minum..smpi satu hari tuh x berenti asik berkepit jek ngan dia..but until now very seldom bg dia botol susu..bg bila dia bebetul nmpk hypoglycaemia..risau jgak weight dia x naik2..mmg mcm tuh ker? Fri 17-Mar-2006 17:01
Posted by:fauzana
aku start praktis jihan dgn botol susu with breastmilk bila lg 3 minggu nak kerja...that time mmg kerja aku pam breastmilk buat stok... time kerjaa (masa tuh aku kat O&G) aku mmg ada pantang time free, terus cabut pi pam susu...at least twice a day kat hospital...time oncall pun aku rajin2 kan diri utk bgn pam susu...mmg letih laa... aku guna pam elektrik medela pump in style traveler set...about RM 1700+ but wworth it...skarang dah pack...simpan utk nx project... berat baby yg breastfeed nih mmg tak naik byk tp steady... Sat 18-Mar-2006 02:25
Posted by:ezura, asrul n jihan  - [Link]
View all 18 comments Add comment


Wednesday, 9-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya

 
at last we manage to take a family pic after a hard effort getting all gathered.
thanks to all and well done to us for an excellent organised open house ...really nice western dishes esply lamb nyum nyum

not to forget the master mind...maksu thanks very much

Kena buat jamuan sekali lagi untuk tukang-tukang masak. Tak sempat menikmati hidangan... Wed 9-Nov-2005 08:05
Posted by:m'su
dah balik udah lock akhirnya ke tanah air.. Wed 9-Nov-2005 08:43
Posted by:chung  - [Link]
keluarga yg bahagia.. Tue 15-Nov-2005 14:22
Posted by:AlongCaPR  - [Link]
Add comment


Wednesday, 12-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
lasting memory in ireland

baby muslih
solehah jeles tgk muslih duduk atas riba
hasil roza
View all 12 photos...

Selamat berpuasa dan beraya to pojeng and family... cute baby Wed 26-Oct-2005 03:11
Posted by:Kak Nurul x-ghazalian ummunuaim@yahoo.com  - [Link]
Sempena Syawal yg bakal menjelma,
Ampun dan Maaf Hamba pohonkan,
Dari kalian member2 fotopages semua,
Kalau ade kueh2 lebih jangan lupa huluqkan,

hehe..Selamat Ari Raya..Salam Aidil fitri dari Bumi Anbiyak tuk semua..('',)
Fri 28-Oct-2005 05:15
Posted by:AlongCaPR  - [Link]
pojeng n husband...slamat hari raya. maaf zahir batin!
pojeng, dah posting kat muar ke blom?
Mon 31-Oct-2005 06:04
Posted by:nazs
View all 5 comments Add comment


Sunday, 28-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
baby apis hehe

 
 
rupe jai versi baby
sori korg..camera aku bateri abisss...
haahaha

pojeng!!....pegi tgkap lagi skalikk...huhuhuhu...mmg ade rupe jai la sgt2... Tue 13-Sep-2005 10:01
Posted by:ien
hahaha..buruknye muke tasha!!hahaha baby jeng pon girl agaknye kot..sbb masa org lain dtg die ok je..hahaha.. Thu 15-Sep-2005 05:38
Posted by:apis585  - [Link]
pojeng....apa kabar? lama tak denga kabar.... congrats on the good news! alhamdulillah... Sun 9-Oct-2005 10:57
Posted by:Suraya Albakri wsuraya@gmail.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Thursday, 18-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
new house

 
 
 
View all 5 photos...

kak pojeng!
mana beli umah nih?????
kalau dekat leh aku melawat,,kalu jauh, slm rindu untuk ko!
mana posting?
Fri 26-Aug-2005 02:49
Posted by:waniebrutal  - [Link]
huhuhuhu..umah baru mesti best nie.. Sun 4-Sep-2005 22:09
Posted by:along  - [Link]
Add comment


Tuesday, 7-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
imbas kembali..huhu

lps solat
bapa mithali huhu
 
View all 12 photos...

baiknyeer hubby kau pojeng.....siapkan bekal Sun 12-Jun-2005 03:01
Posted by:tonot
Add comment


Wednesday, 25-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
honeymoon :)

 
 
 
View all 11 photos...

comelnye... may you have best in life... Sun 29-May-2005 06:37
Posted by:farha cbk7700@yahoo.com  - [Link]
kak po... lama x denga berita.. senyap sunyi jek... hehe... lega den tgk kak po ceria Tue 31-May-2005 10:42
Posted by:bdk istana kimmage
lovely couple Sun 26-Jun-2005 11:39
Posted by:Arie
View all 9 comments Add comment


Saturday, 30-Apr-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Peringatan Buat Diri ini dan Sahabat Muslimat

 
Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni 1384 Hijrah.

Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; Adalah pada suatu hari masuk aku ke dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku, Siti Fatimah RA. Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi SAW.
"Siapa yang dipintu itu?"
Maka sahut Siti Fatimah;
"Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap engkau ya Rasulullah".
Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami dapati akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangis yang sangat. Maka kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya;
"Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya, Rasulullah. apakah yang menyebabkan engkau menangis?"

Maka sabda Rasulullah SAW.;
"Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapa perempuan daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat. Maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang menyebakan aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat siksa".

Berkata Sayyidina Ali RA.;
"Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka itu?"

Maka sabda Rasulullah SAW.;
Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; dan Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa
itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya; dan Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih)segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan ia akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akan darahnya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada hal keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar (menggelupur) seperti terkena penyakit yang besar; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga ke belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya;dan lagi

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnua itu beribu-ribu warna daripada azab; dan

Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia{api} daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badanya dengan pemukul api neraka.

Kata Sayyidina Ali RA;
Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;

"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa mereka itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan berbagai-baga siksaan itu?"

Maka sabda Nabi SAW.;

Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambu tnya daripada lelaki yang haram memandang dia,

Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.

Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguh nya ia memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang lain] dengan tiada izin suaminya.

Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa
sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringan akan sembahyang.

Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).

Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.

Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki


Care to comment?


Wednesday, 27-Apr-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Doa Seorang Isteri

 
DOA SEORANG ISTERI

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku
dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala
dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

(dipetik dari seorang sahabat.. jzkk)

assalamualaikum, tahniah atas perkahwinan....dr farha emel kite nanti bleh...cbk7700@yahoo.com Tue 3-May-2005 05:38
Posted by:farha cbk7700@yahoo.com  - [Link]
tahniah atas perkahwinan....semoga kekal bahagia dunia akhirat Tue 3-May-2005 05:39
Posted by:farha cbk7700@yahoo.com  - [Link]
maybe dah terlambat nak ucap selamat pengantin baru..semoga berbahagia Sun 4-Sep-2005 22:12
Posted by:along  - [Link]
View all 4 comments Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.